BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 1, 2011

wanita cantik- al-Khawarizmi...

Al Khawarizmi , seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik ;
Dia menjawab :

Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10
............Jika dia kaya ; tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik ; tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada , maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0"

ASAS DAN TUJUAN SEBUAH PERKAHWINAN

Aku pernah terbaca satu artikel di internet yang bertajuk Perkahwinan Berasakan Ibadah Jamin
Kebahagiaan ::


1. Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.


2. Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.


3. Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.


4. Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.


5. Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.


6. Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.

7. Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka, tidak ada alasan apa pun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai Allah.

Friday, June 24, 2011

Allah

You ask,He gives.
You cry,He listens.
You call,He runs.
You sin,He forgives.
You repent,He forgets.
...You knock,He opens.
You attend,He welcomes.
You nag,He hears.
You request,He accepts.
You question,He solves.
You plea,He resolves.
You take,He provides.
You insist,He grants.
Everything you do,is about you;
and everything He does,is about you.

Thursday, June 23, 2011

bersihkanlah

*** Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk..ini bertujuan memberi syurga pada anak2nya. Doa ini bukan bermaksud minta merika sakit or nyanyok..ironinya keadaan demikian membolehkan anak2 berebut mahu menjaga merika disaat merika dlm keuzuran itu sbb balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

q Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.



Selalu Bergaduh Dengan Ibu
q Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
Ø Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.
Ø Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan.
Ø Symptom terkena saka:
v Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
v Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar.
v Susah nak dapat anak, senang gugur.
v Ada rasa kelibat orang lalu.
v Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.
Ø Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.

q Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

q 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.

q Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.

q Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari.



Anak Lari Dari Rumah
q Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

q Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.


Anak Degil
q *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Ø Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon dari org yang dah try sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalu kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

So sama2lah kita praktikkan apa yang mampu dan jangan sekalipun kedekut memanjangkan mail ini kepada sedara seagama kita. Wallahualam....

[] smpikan ilmu ini kpd yg lain wlupun satu ayat

dahsyatnya doa ibu

Assalamualaikum Semua,

Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar. So kepada semua pengalamat luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istemewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu. Di takdirkan anda malas juga nak baca, saya harap bacalah juga pada bahagian yang ada tanda **** ..

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
q Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik.

q Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.

q *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

q Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.

q Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata.
Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.

q 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
Ø Anak.
Ø Ibu.
Ø Suami.
Sebagai Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk lah muka laki kita tika dia tidor - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed apa yang patut.. J

q Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.

q Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

q Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.

q Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai.

q *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.

q Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” .
Ø “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”.
Ø *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.
Ø

q Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.

q Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, lps tu bicaralah dengan Allah..
Ø “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” .
Ø “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” .
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

q *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira diaanak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

q Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.

q *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
Ø Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

q Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam pd merika.

q Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

q Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

q Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!.

q *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

q Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

Wednesday, June 22, 2011

Marilah Berdoa Slps Solat 5 Waktu...

Mulakan dgn Selawat sebanyak 3x…..

" Ya Allah Ya Tuhan kami,
pada kesempatan hidup yang telah kau berikan kepada kami Ya Allah,
Jika ada kesalahan dan keaiban yang kami lakukan ya Allah,
ampunkan segala dosa-dosa kami ya Allah. Bukakan pintu hati kami agar sentiasa insaf dan bertaubat dengan taubat nasuha atas segala kesilapan kami yang lepas, Ya Allah…berikanlah kepada kami, hati yang yang sentiasa bencikan maksiat dan takutkan balasan nerakamu Ya Allah..dan jadikanlah hati kami, hati yang sentiasa rindukan kebaikan dan nikmat syurgamu, Ya Allah…
Ampunkan segala dosa suami ku/isteriku Ya Allah..
Ampunkan segala dosa kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami Ya Allah..
Ampunkan segala dosa anak2 kami Ya Allah…

Ya Allah, kami memohon kepadamu Ya Allah, panjangkanlah umur kami, sihat dan selamatkanlah kami agar dapat beribadat kepadamu Ya Allah…teguhkanlah hati kami supaya sentiasa bertakwa dan beriman kepada mu Ya Allah…

Ya Allah, jadikanlah kami org2 yg sentiasa mensyukuri nikmatmu, sentiasa mengingatimu dan sentiasa menambahkan amal ibadat kami kepada mu Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhan kami,
pada peluang yang masih kau berikan kepada kami ya Allah,
kami memohon kepada Mu ya Allah, pimpinlah kami kejalan Mu yang lurus ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
susah kami bantulah ya Allah, beban kami ringankanlah ya Allah, kesusahan kami permudahkanlah ya Allah, hajat kami tunaikan ya Allah.
Ya Allah ya Tuhan kami, dosa kami ampunkanlah ya Allah,
aib kami tutuplah ya Allah, keras hati kami lembutkanlah ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
rumahtangga dan keluarga kami bahagiakanlah di dunia dan akhirat,selamanya, Ya Allah
isteri ku solehahkanlah ya Allah, suami ku solehkanlah ya Allah,
bukakanlah pintu hati kami dan anak2 kami kearah kebaikan dan yg diredhai oleh mu ya Allah, dan tutupkanlah pintu hati kami dan anak2 kami dr perkara2 kemungkaran dan maksiat.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah anak2 kami org2 yg soleh dan solehah, yg hafiz dan hafizah, yg berjaya didunia dan akhirat.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
gantikanlah kesedihan hati kami dengan kegembiraan dari Mu ya Allah, gantikanlah segala kekusutan hati kami dengan ketenangan dari Mu ya Allah, gantikanlah segala kesusahan kami dengan pertolongan dari Mu ya Allah, gantikanlah segala kerugian kami dgn yg lebih baik darimu Ya Allah

Ya Allah berikan keselamatan kepada kami ya Allah, hindarkan kami dari segala mara bahaya ya Allah, daripada hasad dengki manusia yang berhasad ya Allah, daripada kezaliman manusia yang menzalimi ya Allah, dan daripada perkara yang tidak mampu kami tanggung ya Allah, hidayahkanlah hati kami ya Allah, murahkan rezeki kami ya Allah.
Berikan kami rezeki yg mencukupi, yg halal, yg diberkati dan melimpah ruah.Ya Allah, berikanlah sumber rezeki itu dan tunjukkanlah jalannya. Berikan kami pengakhiran hidup yg baik.

Ya Allah ya Tuhan kami, berkatilah segala usaha kami kearah kebaikan, jayakanlah ianya berterusan dunia dan akhirat. Janganlah engkau sia2kan segala usaha dan perancangan kami kearah kebaikan ya Allah. Jauhkan diri dan hati kami dr sifat2 buruk ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
berikan kekuatan keimanan kepada kami ya Allah,
sepertimana yang telah kau kau berikan kepada nabi Mu Ibrahim ya Allah,
berikan kami ketabahan didalam segala urusan hidup kami ya Allah, sepertimana yang telah kau berikan kepada nabi Mu Ayub ya Allah.

Berikan kami jalan keluar bagi segala permasalahan kami ya Allah, sepertimana yang telah Kau berikan kepada nabi Mu Yunus ya Allah.

Berikan kami kemurahan rezeki sepertimana yang telah kau berikan kepada nabi Mu Sulaiman ya Allah.

Berikan kami bantuan dalam segala urusan kami ya Allah, sepertimana yang telah Kau berikan kepada nabi Mu Musa ya Allah.

Berikan kami akhlak dan adab ya Allah, sepertimana yang Kau berikan kepada nabi Mu Muhammad ya Allah.

Berikan kami keluarga yang bahagia ya Allah, sepertimana yang telah kau berikan kepada Saidina Ali dan Siti Fatimah, Ya Allah. "

doa untuk anak-anak

Untuk elak anak2 bergaduh Surah Al Baqarah - Ayat 102

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.


Anak2 pandai belajar Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.

Anak2 lembut hati/ elak panas baran Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,

Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".

Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

Anak2 malas sekolah Surah Toha ayat 1-5


Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.

Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah

(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.


ayat pendinding ..ayat terakhir surah al-taubah
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."

Bg anak2 yg suka keluar malam Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik -


Untuk jadi pendinding rumah Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah